Sunday, June 14, 2009

Program Puteri Prihatin - Program Pertama Puteri Cawangan Kg Sg Udang






Gambar-gambar sekitar lawatan ke Putrajaya dan sewaktu makan tengahari








Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kg Sg Udang dan Taman Kok Doh telah mengadakan program yang pertama pada 13hb Jun 2009. Program Puteri Prihatin merupakan program meraikan anak-anak dari Rumah Perlindungan Titian Kasih, Titiwangsa. Program telah bermula seawal jam 8.30 pagi di mana para penghuni telah di bawa melawat ke sekitar Putrajaya. Pada sebelah tengahari mereka telah dibawa makan tengahari di Lay Pak Kopitiam. Makan tengahari telah di taja oleh Lay Pak Kopitiam iaitu kopitiam kepunyaan YB Senator Datuk Kamarudin Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut.

Pada sebelah petang bertempat di Rumah Titian Kasih telah diadakan penyampaian sumbangan pakaian, buku-buku rujukan, kamus dan juga barang keperluan untuk bayi. Kepada yang ingin menyumbang baju-baju terpakai atau apa sahaja bentuk sumbangan bolehlah menghantar sendiri ke Rumah Perlindungan Titian Kasih, Jalan Maran.

Tuesday, May 12, 2009

Dua muka lama dikekalkan bagi jawatan Ketua Puteri Negeri

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah mengumumkan barisan baru Ketua dan Naib Ketua Puteri UMNO Negeri. Majoriti Ketua Puteri UMNO Negeri yang dilantik adalah terdiri daripada ‘muka-muka baru’ tetapi telah lama berkhidmat di peringkat bahagian. Berikut adalah senarai Ketua dan Naib Ketua Puteri UMNO Negeri-negeri:

PERLIS:
Ketua: Asmaiza Ahmad (Ketua Puteri UMNO Bahagian Padang Besar)
Naib Ketua: Huzaini Abdul Hamid (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kangar)

KEDAH:
Ketua: Norashimah Md. Nowar (Ketua Puteri UMNO Bahagian Sik)
Naib Ketua: Hisham Suhaily Othman (Ketua Puteri UMNO Bahagian Langkawi)

KELANTAN:
Ketua: Norwahida Patuan (Ketua Puteri UMNO Bahagian Jeli)
Naib Ketua: Maznah Yaakob (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu)

TERENGGANU:
Ketua: Arfalinda Anuar (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman)
Naib Ketua: Aziahwati Abdullah (Ketua Puteri UMNO Bahagian Dungun)


PULAU PINANG:
Ketua: Nor Hafizah Othman (Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasik Gelugor)
Naib Ketua: Ida Moerni Zakaria (Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gelugor)

PERAK:
Ketua: Salbiah Mohamad (Ketua Puteri UMNO Bahagian Gerik)
Naib Ketua: Rosniza Ismail (Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timur)

PAHANG:
Ketua: Siti Azma Izah Adnan (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuantan)
Naib Ketua: Norhayane Shahadan (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Lipis)

SELANGOR:
Ketua: Suhaila M.Zin (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Raja)
Naib Ketua: Adrililza Mohd. Abdan (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya)

WILAYAH PERSEKUTUAN:
Ketua: Sarina Syarif (Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras)
Naib Ketua: Huzry Fionnawatty Hussein (Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut)

NEGERI SEMBILAN:
Ketua: Norashikin Abd. Rahman (Ketua Puteri UMNO Bahagian Rasah)
Naib Ketua: Nor Amalina Abd. Wahab (Ketua Puteri UMNO Bahagian Tampin)

MELAKA:
Ketua: Mas Ermieyati Shamsudin (Ketua Puteri UMNO Masjid Tanah)
Naib Ketua: Siti Faizah Abd. Azis (Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin)


JOHOR:
Ketua: Faraha Ismail (Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing)
Naib Ketua: Rohaiza Ahmad (Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh)

SABAH:
Ketua: Musliati Moslimin (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu)
Naib Ketua: Zakiah Kalipunya (Ketua Puteri UMNO Bahagian Semporna)

PENGERUSI PORTFOLIO BIRO-BIRO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Biro Politik: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Jawatankuasa Pengurusan dan Biro Antarabangsa: Shahnim Mohd Yusoff

Hal ehwal Pelajar Luar Negara /
Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan: Nor Azita Abdul Rahman

Jawatankuasa Penubuhan Puteri Barisan Nasional: Dr Wan Norashikin Wan Nordin

Biro Penerangan dan Latihan: Nordiana Datuk Shafie

Jawatankuasa Latihan Sahsiah dan Unit Khas Pilihan Raya: Zauyah Zainuddin

Biro Keahlian dan Daftar Pemilih: Rina Harun / Isfarina Mohd Bali

Biro Pelajaran: Seriwani Sabtu

Biro Teknologi Maklumat dan Bacaan Sikap: Anita Murad / Azlinda Zubir

Biro Kebajikan dan Kesihatan: Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh

Biro Belia dan Sukan: Wan Salwati Abdullah

Biro Kebudayaan dan Warisan: Zahida Zarik Khan

Biro Agama dan Pembangunan Sosial: Dg Maimunah Sidek

Biro Khidmat Bantuan Guaman: Ida Moerni Zakaria

Biro Profesional Muda dan NGO: Hasruniza Hassan

Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi: Nor Sabrina Mohd Noor

Biro Pembangunan Sumber Manusia: Fahariyah Md Nordin

Biro Sukarelawan dan Skuad Bantuan Bencana Alam: Jamilah Hanim Othman

Biro Hak Asasi dan Kemanusiaan: Norhamizah Mat Tahir

Biro Tugas-Tugas Khas: Wan Zawiyah Wan Halim



Sumber dipetik dari : utusan online

Thursday, April 9, 2009

TAHNIAH KAK ROS


Sekalung tahniah buat YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di atas lantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan seperti yang diumumkan oleh Perdama Menteri Malaysia yang Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Tahniah sekali lagi


Tuesday, February 17, 2009

Kekayaan jutawan kita susut RM76b

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bursa saham tempatan yang tidak terlepas daripada kesan kejatuhan bursa saham dunia telah menyebabkan nilai kekayaan 40 rakyat Malaysia terkaya menyusut RM75.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut kaji selidik majalah, Malaysian Business.

Menurut majalah itu, kekayaan terkumpul kesemua 40 individu dalam senarai berkenaan telah jatuh kepada RM96.30 bilion pada 16 Januari ini berbanding RM171.9 bilion, tempoh sama tahun lalu.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) jatuh sebanyak 37 peratus sejak kaji selidik yang lalu ekoran krisis kewangan global yang turut menjejaskan harga saham dunia.

Menurut kaji selidik itu, jumlah kekayaan bagi hampir separuh 40 rakyat Malaysia terkaya jatuh sehingga 50 peratus atau lebih, menjadikan bilangan orang terkaya seramai 14 berbanding 19 orang tahun lalu.

Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok masih berjaya mengekalkan kedudukan dalam senarai itu dengan nilai kekayaan sebanyak RM26.6 bilion berbanding RM58.1 bilion, tahun lalu.

Majalah itu berkata, jurang antara beliau dan Ananda Krishnan selaku orang kedua terkaya, semakin kecil dengan harta berjumlah kira-kira RM20.1 bilion, diikuti oleh peneraju Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion) dan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation (RM7.4 bilion).

Tempat kelima dalam senarai dipegang oleh pemilik Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan yang memiliki harta bernilai RM4.5 bilion berbanding RM11.1 bilion, tahun lalu.

Majalah itu berkata, balu kepada pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Seri Lee Kim Hua muncul buat pertama kali dalam senarai dengan menduduki tempat keenam dengan nilai harta berjumlah RM3.5 bilion sekali gus menjadikan beliau wanita paling kaya di negara ini.

Individu lain dalam senarai 10 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary (RM3.18 bilion), Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group (RM1.79 bilion), Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (RM1.64 bilion) dan Tan Sri Azman Hashim dari Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

Antara muka-muka baru selain Kim Hua ialah adik beradik dari YTL Group iaitu, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng manakala Datuk Kamarudin Meranun dari AirAsia Bhd. muncul semula dalam senarai itu setelah setahun tersingkir.

Senarai 40 rakyat Malaysia terkaya adalah berdasarkan kepentingan mereka dalam syarikat senaraian awam sehingga 16 Januari ini.

Senarai penuh boleh diperoleh dalam majalah Malaysian Business terbitan hari ini.


Sumber dari Utusan Malaysia Online


Puteri KSU :-

Antara berita yang menarik dalam Buletin Utama malam tadi. Dalam senarai 1 hingga 10 hanya ada 2 saja Jutawan berbangsa Melayu iaitu Pemilik Yayasan AlBukhary dan tuan punya Arab-Malaysian Corp.

Saturday, February 14, 2009

LETAK CALON IKUT KEHENDAK PENGUNDI

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau jika meletakkan calon tempatan yang disukai ramai.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (gambar) berkata, selain calon yang berkaliber dan disukai ramai, BN dan UMNO juga perlu belajar daripada kesilapan dan kelemahan jentera pilihan raya ketika di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu.

"Saya rasa jika dua perkara ini diambil kira selain faktor lain, BN mampu untuk memenangi semula Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas persiapan jentera pilihan raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah pada 7 April depan.
Dalam pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini, proses penamaan calon akan diadakan serentak pada 29 Mac nanti.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom pada 9 Februari lalu, manakala kerusi DUN Bukit Selambau pula dikosongkan selepas wakil rakyatnya, V. Arumugam meletak jawatan berikutan masalah peribadi.

Menurut Muhammad, BN sudah boleh mengatur strategi lebih tersusun dan memilih calon tempatan yang sesuai dan popular serta diterima masyarakat.

"Saya harap BN tidak bertindak seperti dahulu, iaitu mengutamakan kepentingan parti daripada kehendak pengundi," katanya.

Tambahnya, jentera sayap parti telah dikerahkan untuk bersedia menangkis segala isu yang mungkin dibangkitkan nanti.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn ketika dihubungi berkata, parti itu tidak membuat sebarang permintaan untuk meletakkan calonnya bertanding di Parlimen Bukit Gantang walaupun kerusi itu pernah dimenangi oleh Ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe.

Ko Youn memberitahu, pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di Taiping semalam, parti itu bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa diketuai oleh Lian Hoe bagi menjelaskan isu yang berbangkit ketika ini.

Sebagai bekas penyandang kerusi itu, Gerakan yakin Timbalan Menteri Penerangan itu dapat menarik lebih ramai pengundi memilih calon BN.
Puteri KSU :-
Secara peribadi memang saya bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan calon mengikut kehendak pengundi. Anak tempatan lebih tahu 'selera' pengundi dan rasanya adalah lebih mudah untuk mereka memenangi hati pengundi. Rasanya sudah jelas 'signal' yang diberikan oleh pengundi dalam pilihanraya yang lepas bila 'orang luar' diletakkan sebagai calon.

Thursday, January 8, 2009

Assalamualaikum wbt diucapkan kepada semua yang melayari blog Puteri Sungai Udang ini terutamanya kepada semua ahli-ahli puteri cawangan Kg Sg Udang. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana sehingga kini kita masih lagi bepeluang untuk bertemu dan bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran. Dengan izin dan limpah kurnianya usia kita dipanjangkan dan dapatlah kita bersama-sama melangkah ke tahun baru 2009. Diharapkan tahun 2009 ini akan menjadi suatu titik permulaan yang baik, di mana kita mencipta suatu lembaran baru yang semestinya lebih baik dari yang terbaik yang telah kita lalui di tahun 2008. Semoga setiap impian dan cita-cita akan tercapai tanpa perlu mengetepikan semangat setiakwan dan toleransi yang diamalkan. Semoga setiap apa yang kita lakukan sepanjang tahun 2009 akan beroleh kejayaan dan perjalanan kehidupan dan perjuangan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Sekian.


Salam perjuangan dan Kepada bangsaku Melayu, Kerana bangsaku Melayu
dan Untuk Bangsaku Melayu Selamanya

Mazni Suriya Mohamad
Ketua Puteri UMNO
Cawangan Kg Sg Udang Segambut
Wilayah Persekutuan

Friday, January 2, 2009

Info

Biro Kebudayaan dan Biro Latihan Puteri UMNO Bahagian Segambut akan mengadakan Program Poco-Poco bertempat di Padang Flat Taman Sejahtera, pada 4hb Januari 2009. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 11.00 pagi. Sehubungan dengan itu, semua ahli-ahli Puteri Cawangan diminta untuk hadir ke program ini bagi memastikan program yang telah diatur akan berjalan dengan lancar.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Blog Puteri UMNO Cawangan Kampung Sungai Udang Bahagian Segambut Wilayah Persekutuan. Tujuan laman blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi segala maklumat dan info untuk ahli-ahli puteri cawangan ini khasnya dan pelayar-pelayar blog amnya.

Selain daripada itu, melalui blog ini juga diharap akan dapat menjadi medium untuk ahli-ahli puteri Kg Sungai Udang untuk berkongsi cerita dan idea.

Terima kasih.

Salam hormat,
Unit IT
Puteri UMNO Kg Sg Udang