Tuesday, June 1, 2010

Konvoi Kemanusiaan GAZA

Seluruh warga Puteri UMNO Cawangan Kg Sungai Udang berdoa agar 11 sukarelawan Malaysia yang masih tidak diketahui status mereka selepas serangan oleh pihak Israel semalam sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH SWT.

Kami juga mengutuk tindakan dan kekejaman pihak tentera Israel yang menyerang kapal membawa bantuan ke Gaza. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya kita umat Islam seluruh dunia bersama-sama mendoakan agar mereka semua selamat.

Semoga mereka yang di tawan dilindungi oleh ALLAH SWT dari segala kesulitan dan kerumitan dan skami juga mengharapkan keluarga mereka yang terlibat agar tabah untuk menghadapi dugaan ini.


Thursday, May 27, 2010

BRAINSTORMING SESSION PUTERI UMNO SEGAMBUT

Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kg Sg Udang telah bersama-sama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut sewaktu sesi Brainstorming Puteri Segambut bertempat di Banglo Ukhuwah, Alam Damai Cheras.

Program ini telah diadakan pada 31hb Januari 2010 hingga 1hb Februari 2010. Seramai 4 orang puteri cawangan ini telah menyertai sesi ini.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH


Sumbangan peralatan persekolahan untuk 100 orang anak-anak yatim dan kurang berkemampuan telah disampaikan semasa majlis berlangsung. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Kamarudin Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut.