Thursday, January 8, 2009

Assalamualaikum wbt diucapkan kepada semua yang melayari blog Puteri Sungai Udang ini terutamanya kepada semua ahli-ahli puteri cawangan Kg Sg Udang. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana sehingga kini kita masih lagi bepeluang untuk bertemu dan bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran. Dengan izin dan limpah kurnianya usia kita dipanjangkan dan dapatlah kita bersama-sama melangkah ke tahun baru 2009. Diharapkan tahun 2009 ini akan menjadi suatu titik permulaan yang baik, di mana kita mencipta suatu lembaran baru yang semestinya lebih baik dari yang terbaik yang telah kita lalui di tahun 2008. Semoga setiap impian dan cita-cita akan tercapai tanpa perlu mengetepikan semangat setiakwan dan toleransi yang diamalkan. Semoga setiap apa yang kita lakukan sepanjang tahun 2009 akan beroleh kejayaan dan perjalanan kehidupan dan perjuangan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Sekian.


Salam perjuangan dan Kepada bangsaku Melayu, Kerana bangsaku Melayu
dan Untuk Bangsaku Melayu Selamanya

Mazni Suriya Mohamad
Ketua Puteri UMNO
Cawangan Kg Sg Udang Segambut
Wilayah Persekutuan

Friday, January 2, 2009

Info

Biro Kebudayaan dan Biro Latihan Puteri UMNO Bahagian Segambut akan mengadakan Program Poco-Poco bertempat di Padang Flat Taman Sejahtera, pada 4hb Januari 2009. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 11.00 pagi. Sehubungan dengan itu, semua ahli-ahli Puteri Cawangan diminta untuk hadir ke program ini bagi memastikan program yang telah diatur akan berjalan dengan lancar.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Blog Puteri UMNO Cawangan Kampung Sungai Udang Bahagian Segambut Wilayah Persekutuan. Tujuan laman blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi segala maklumat dan info untuk ahli-ahli puteri cawangan ini khasnya dan pelayar-pelayar blog amnya.

Selain daripada itu, melalui blog ini juga diharap akan dapat menjadi medium untuk ahli-ahli puteri Kg Sungai Udang untuk berkongsi cerita dan idea.

Terima kasih.

Salam hormat,
Unit IT
Puteri UMNO Kg Sg Udang