Tuesday, June 1, 2010

Konvoi Kemanusiaan GAZA

Seluruh warga Puteri UMNO Cawangan Kg Sungai Udang berdoa agar 11 sukarelawan Malaysia yang masih tidak diketahui status mereka selepas serangan oleh pihak Israel semalam sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH SWT.

Kami juga mengutuk tindakan dan kekejaman pihak tentera Israel yang menyerang kapal membawa bantuan ke Gaza. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya kita umat Islam seluruh dunia bersama-sama mendoakan agar mereka semua selamat.

Semoga mereka yang di tawan dilindungi oleh ALLAH SWT dari segala kesulitan dan kerumitan dan skami juga mengharapkan keluarga mereka yang terlibat agar tabah untuk menghadapi dugaan ini.