Sunday, June 14, 2009

Program Puteri Prihatin - Program Pertama Puteri Cawangan Kg Sg Udang






Gambar-gambar sekitar lawatan ke Putrajaya dan sewaktu makan tengahari








Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kg Sg Udang dan Taman Kok Doh telah mengadakan program yang pertama pada 13hb Jun 2009. Program Puteri Prihatin merupakan program meraikan anak-anak dari Rumah Perlindungan Titian Kasih, Titiwangsa. Program telah bermula seawal jam 8.30 pagi di mana para penghuni telah di bawa melawat ke sekitar Putrajaya. Pada sebelah tengahari mereka telah dibawa makan tengahari di Lay Pak Kopitiam. Makan tengahari telah di taja oleh Lay Pak Kopitiam iaitu kopitiam kepunyaan YB Senator Datuk Kamarudin Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut.

Pada sebelah petang bertempat di Rumah Titian Kasih telah diadakan penyampaian sumbangan pakaian, buku-buku rujukan, kamus dan juga barang keperluan untuk bayi. Kepada yang ingin menyumbang baju-baju terpakai atau apa sahaja bentuk sumbangan bolehlah menghantar sendiri ke Rumah Perlindungan Titian Kasih, Jalan Maran.

4 comments:

  1. Tahniah....
    semoga Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kg Sg Udang dan Taman Kok Doh terus-terusan menjayakan aktiviti murni seumpama ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Rini krn sudi menjengah blog kami. Kami memang berharap agar dapat terus-menerus melaksanakan aktiviti seperti ini.

    ReplyDelete
  3. salam,
    komen dalam blogs saya ni,walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.
    http://kuberharap.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

    ReplyDelete